[VIDEO] Resepi Kek Cheese Gebu Gebas Jepun

Sebut sahaja Kek Cheese gebu gebas Jepun pasti semua orang terbayang kek yang begitu gebu dan apabila dimakan ia cair didalam mulut.

Kelembutan teksturnya dan bau yang harum pasti membuatkan kek cheese gebu gebas jepun ini tular di media sosial dengan lebih 50ribu perkongsian.

Kek Cheese gebu gebas jepun ini juga telah komersial di pasaran. Jika berkunjung ke pusat membeli belah, sering kita terhidu harumnya bau kek ini dijual dan pengunjung sanggup mengunggu dan berbaris untuk membeli kek cheese gebu gebas jepun.

Pelbagai topping sesuai diletakkan di atas kek cheese ini antaranya topping blueberry, topping cream cheese dan sebagainya bergantung pada topping kegemaran masing-masing.

Mari kita lihat resepi yang dikongsikan dari Resepi Memikat Suami ini yang telah mendapat lebih 50ribu perkongsian di laman sosial.

 

Resepi Kek Cheese Gebu Gebas Jepun

Bahan A

  • 150gm Cream cheese
  • 50gm Butter
  • 100gm Susu cair

Bahan A di atas, masak sehingga cair dengan menggunakan air yang perlahan. Selepas itu, ketepikan.

Bahan B

  • 5 biji Putih telur
  • 100gm Gula kastor
  • 1/2 Sudu teh cream of tartar

Pukul bahan-bahan B sehingga betanduk (soft peak). Jika tidak kek akan bantat. Jadi anda boleh pukul seberapa lama sehingga bertanduk.

Bahan C

  • 5 biji Kuning telur
  • 100gm Tepung kek

Cara-cara membuat kek cheese gebu gebas jepun :

  1. Masak bahan A hingga cair dan pastikan cheese tidak berketul. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Pukul bahanB hingga kental dan bertanduk.Kemudian, ketepikan.
  3. Pukul kuning telur hingga kembang.
  4. Masukkn bahan A yang telah dimasak sebentar tadi.
  5. Pukul sehingga sebati.
  6. Kemudian,masukkAn tepung sedikit demi sedikit. Pastikn adunan betol sebati.
  7. Kemudian kaup balik saja bahanB hingga habis.
  8. Masuk ke dalam loyang. Saya menggunakan loyang yang bersize 7-8″
  9. Bakar menggunakan cara water bath.
  10. Bakar pada suhu 160 dan selama 60 minit dengan menggunakan api atas bawah.

Kek dibakar dengan cara waterbath

 

Ini merupakan video cara-cara membuat kek cheese gebu gebas jepun ini :

 

Selepas itu, sejukkan kek dan boleh buat topping. Ini contoh topping cream cheese, bahan-bahannya seperti di bawah:

  • 120gm cream cheese
  • 60gm butter
  • 60 gm gula aising
Putar semua bahan-bahan tadi sehingga sebati. Kemudian sapu dengan berhati-hati kek tadi kerana kek begitu lembut. Selepas itu, boleh hiaskan diatas kek tadi dengan badam, cokelat rise, gula icing atau sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *