Turun 40Kg Hanya Menari di Rumah, Lihat TIPS Lelaki Ini Berjaya Melakukannya.

Ramai diluar sana yang ingin kurus dan mempunyai bentuk badan yang langsing bersesuaian dengan ketinggian masing-masing. Pelbagai tip dan perkongsian perjalanan kurus mereka tular dilaman sosial.

Pasti ramai yang mahu kurus dengan kaedah semulajadi dengan mengamalkan diet yang seimbang dari segi pemakanan dan pengambilan kalori.

Seperti yang kita ketahui, diet sahaja tidak cukup untuk anda sihat semulajadi kerana senaman merupakan sebahagian yang menyokong kuat perjalanan diet anda.

Ramai orang mampu untuk menahan lapar demi mendapatkan badan yang kurus tetapi ramai diantara kita yang mengabaikan senaman sebagai salah satu faktor utama perjalanan kurus anda.

Anda boleh melakukan senaman dengan pelbagai cara antaranya bersenam, berlari, melakukan kerja yang berpeluh dan sebagainya. Tanpa anda sedari, menari juga membantu anda menurunkan berat badan anda.

Baru-baru ini telah tular satu berita seorang lelaki yang bernama Syahrizuan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 40kg dengan menari.

Selain menari tarian kpop, dia juga turut berdiet dan menjadi kalori serta gula ayng diambil setiap hari.

Ternyata dengan diet yang seimbang dan senaman yang dilakukan, dia berjaya menurunkan berat badan dengan senaman menari dirumah.

Dia tidak perlu ke gym mahupun ke taman untuk bersenam sebaliknya memilih hanya bersenam dirumah.

Idea yang bernas bukan, anda tidak perlu menghabiskan duit ke gym atau membeli produk kurus. Anda tidak perlu menghidupkan kereta ke taman untuk berlari.

Senaman dirumah ternyata lebih mudah dilakukan dan boleh dilakukan oleh surirumah.

Perjalanan Penurunan Berat Badan Syahrizuan 

Tanpa dijangka, dengan menari kpop dan diet semata-mata, seorang lelaki boleh menurunkan berat badan sehingga 40 kilogram dalam tempoh tujuh bulan setengah sahaja.

Lelaki ini dikenali sebagai Syahrizuan 22, dia mengambil inisiatif untuk menguruskan badan dengan mempelajari koreografi kumpulan-kumpulan Kpop dan mempraktikkannya mengikut rentak-rentak lagu yang dimainkan.

Berdasarkan kajian oleh kolej perubatan Universiti Harvard, jumlah kalori yang boleh dibakar dengan tarian bergantung kepada berat seseorang.

Semakin berat seseorang, semakin banyak tenaga diperlukan untuk mengikuti satu gerak tarian, membuatkan kalori yang dibakar lebih banyak berbanding mereka yang lebih kurus.

Selain itu, dengan gerakan tarian berkepantasan sederhana selama 10 minit, individu dengan berat kira-kira 57 kilogram boleh membakar sehingga 55 kalori manakala individu dengan berat 70 kg boleh membakar sehingga 70 kalori.

Mari kita tengok transformasi Syahrizuan sejak Oktober 2018 pada berat 154 kg hingga May ini dengan berat 118 kg. Kalau menari setiap hari, tapi tidak menjaga pemakanan pun tiada guna. Syahrizuan turut berkongsikan tips diet yang dia praktikkan.

Pertamanya, saya kurangkan pengambilan gula. Kalau minum air gula pun sekali sehari, tapi gula tu sikit je. Jangan minum air yang bergas pula. Kedua, guna kaedah lebih protein dan kurang karbohidrat.

Formula saya, saya ambil nasi suku pinggan, protein lebih sikit. Akhir sekali, minum banyak air kosong. Untuk makanan ringan, saya makan tembikai. Lebih kenyang. Sangat membantu.”

Semoga dengan perkongsian ini menberikan idea baru untuk anda menurunkan berat badan. Tip kali ini lebih mudah kerana anda tidak perlu keluar untuk bersenam hanya menari mengikut lagu yang anda gemari dan dalam masa yang sama anda boleh membakar kalori dan berjaya menurunkan berat badan.

Siapa yang suka menari ini adalah langkah yang anda boleh praktikkan. Selamat mencuba!

 

 

One comment

  1. Betol tu.. bukan hidup kena kekal aktif saja.. pemakanan pun kena jaga juga.. boleh try menari zumba di rumah kalau mls nak ke gym.. sekarang kan dah ada tv smart view.. boleh buka youtube dan menari di rumah bila2 masa saja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *