Sedap Dan Murah, Resepi Kulit Popia Salted Egg Wajib Cuba & Confirm Jadi

Pelbagai resepi kerepek terhasil dengan penggunaan kulit popia. Selain rasanye yang rangup dan sedap kerepek kulit popia diberi nafas baru dengan disalut dengan pelbagai jenis perisa

Antara kuih raya yang popular berasaskan kulit popia adalah popia cheese, popia chocolate nestum, popia kacang dan pelbagai jenis lagi. Terbaru tular di laman sosial resepi terbaru menggunakan popia iaitu resepi kerepek kulit popia salted egg.

Selain biskut raya yang sering menjadi jamuan pada dipagi raya, kerepek juga masih tidak dilupakan dan sering dihidangkan bersama kuih raya ketika para tetamu datang.

Mari kita lihat perkongsian resepi kulit popia salted egg yang mendapat ribuan perkongsian di laman sosial facebook. Resepi menarik ini dikongsikan oleh Oh Lisa.

RESEPI KEREPEK KULIT POPIA TELUR MASIN

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Kulit popia
  • Serbuk telur masin
  • Gula
  • Garam
  • Daun kari

Bagi yang tak tahu mana nak cari serbuk telur masin tu, boleh guna yang macam ni.

CARA-CARA MEMBUAT KEREPEK KULIT POPIA SALTED EGG

1) Anda Potong & Keringkan kulit popia

Memula kite potong kulit popia ikut saiz yang kite nak. Tips nak bagi rangup dan tahan lama, jemur dulu kulit popia ni sebelum goreng.

Jemur smpai betul-betul kering. Barulah bila kita goreng akan jadi bergulung, tahan lama dan tak mudah lemau. Memang rangup macam kerepek wonder cheeze yang dijual tu. Tak lama pun nak jemur. Kalau cuaca panas, dalam 30 minit pun dah kering.

2) Proses Menggoreng

Selepas itu panaskan minyak dalam kuali dan goreng kulit popia tadi seperti biasa. Bila kulit popia tadi dah garing, angkat dan toskan. Tunggu sejuk dulu dan pastikan minyak betul-betul kering.

3) Anda Boleh Mula Membuat Perisanya.

Selain itu, Sambil tunggu tu kita buat perasanya. Caranya, sangai sekejap serbuk telur masin, gula dan garam secukupnya dengan daun kari. Kalau nak lagi cantik, blend dulu semua bahan serbuk tu sebelum sangai atas api dengan daun kari. Guna api kecil je supaya tak hangus.

4) Proses Mengaul Kulit Popia Dan Perisa

Akhir sekali, gaulkan kulit popia yang dah digoreng dengan serbuk yang disangai tu.

SIAP! Sedia untuk dimakan. Krup krap krup krap bunyi dia! Bagi yang tak minat telur masin, boleh je nak pelbagaikan perasa tu tukar dengan perasa lain. Contohnya guna serbuk jari, serbuk cili dan serbuk cheese.

Memang berbaloi buat sendiri berbanding beli. Sedap pun sedap. Sekali makan, susah nak berhenti! Jom cuba buat sendiri, mudah je kan?

Selamat Mencuba!w

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *