Wanita Ini Kongsi Resepi Mudah Kerepek Makaroni Crispy Mac & Cheese Guna Hanya 2 Bahan.

Sekarang tengah sibuk semua orang nak share pelbagai resepi kuih raya. Pelbagai kuih raya yang moden dan tradisional dikongsi di laman sosial. Peniaga kuih raya online juga sedang hangat mempromosikan kuih raya mereka secara dalam talian.

Apabila pelbagai jenis biskut terhidang, kadang-kadang bosan juga asyik makan kuih raya. Ramai juga yang menghidang pelbagai jenis kerepek selain dari biskut raya.

Terdapat juga pelbagai kerepek yang terkenal dari dulu yang sentiasa ada tatkala kita berkunjung ke rumah saudara menjelang hari raya. Bosan juga asyik makan kerepek yang sama disetiap rumah. Mari kita kongsi salah satu resepi yang unik dan mudah.

Anda cuba buat kudapan crispy mac & cheese yang dikongsikan oleh Puan Wann Rohani ini. Menurutnya, resepi ini sedang viral di negara jiran kita, Thailand.

Apa yang lebih menarik adalah  kudapan ini hanya menggunakan 2 bahan saja. Walaupun mudah, tapi krup krap krup krap rangupnya. Boleh buat orang ketagih dan tak berhenti mengunyah!

RESEPI CRISPY MAC & CHEESE HANYA GUNA  2 BAHAN

Bahan-bahan:

  • Makaroni (apa-apa jenis / bentuk spiral, reben, dll)
  • Cheese Powder
    *Selain cheese powder, boleh juga letak apa-apa perisa kesukaan anda. BBQ boleh, chicken boleh, Nestum boleh. Serbuk cheese ni boleh dibeli di kedai bahan kek.

Kalau tak jumpa juga, boleh hancurkan 1-2 bungkus keropok super ring untuk dapatkan rasa yang seakan-akan serupa.

CARA-CARA MEMBUAT MAKARONI CRISPY MAC & CHEESE

1. Langkah pertama adalah anda perlu rendam makaroni

  • Pertama sekali, rendamkan makaroni dalam mangkuk berisi air hingga tenggelam sepenuhnya. Tak perlu rebus tau. Rendamkan saja.
  • Biarkan lebih kurang 45 minit. Bagi saya, 45 minit ni hasilnya just nice. Kalau lama sangat takut nanti kembang. Kalau terlalu kejap pula takut jadi keras. Tapi kalau anda guna pasta yang lebih tebal, bolehlah rendamkan lama sedikit.
  • Boleh tengok dalam gambar di bawah dekat tapak tangan tu warna dah berubah sikit lepas dah rendam 45 minit. Nampak kembang berbanding yang tak direndam kan.

2. Langkah kedua adalah goreng makaroni yang telah direndam tadi

  • Bila dah kembang elok, panaskan kuali, masukkan minyak dan sedia untuk digoreng.
  • Masa menggoreng, balik-balikkan dan pastikan setiap ketul tak melekat antara satu sama lain. Kalau nampak dia nak melekat, cepat-cepat pisahkan.

3. Tunggu makaroni sehingga perang

  • Tunggu hingga perang keemasan macam gambar di bawah ni. Bila dah angkat nanti, toskan untuk buang lebihan minyak.

3. Selepas itu bolehlah anda perasakan

  • Seterusnya, taburkan cheese powder atau apa-apa perasa kesukaan anda pada makaroni yang dah digoreng rangup tadi.
  • Kalau suka banyak, boleh letak banyak. Dan begitulah juga sebaliknya.

 

4. Kemudian, gaul rata makaroni dengan cheese tadi

  • Akhir sekali, gaulkan hingga rata supaya setiap macaroni tadi dibaluti dengan perasa. Bila dah siap, simpankan dalam bekas kedap udara. Siap!

RANGUP & SEDAP!
Resepi ini mudah kan, selain hanya menggunakan 2 bahan sahaja. rugi tidak mencuba. Kebiasaannya, kita makan kerepek ubi, kerepek pisang, atau snek-snek yang dibeli siap di pasar raya. Tapi resepi ini tentu unik dan lain daripada yang lain. Perasanya pun kita boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing.

Resepi ini juga sesuai dijadikant kudapan sambil tengok TV atau sambil minum petang. Selamat mencuba!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *