Hanya 3 Bahan & Tak Perlu Bakar, Resepi Cornflakes Coklat Yang Mudah & Confirm Jadi

Menjelang Syawal yang bakal tiba, ramai ibu-ibu diluar sana sudah mula mahu membuat persiapan raya. Dari pembelian baju baru untuk anak-anak, perkakas rumah dan penyediaan kuih raya.

Ramai diantara ibu yang bekerjaya mahupun surirumah memilih untuk menyediakan biskut yang jimat,mudah dan menjimatkan masa. Ini kerana rutin harian mereka tetap perlu dilunaskan dan dalam masa yang sama mereka berkeinginan membuat pelbagai jenis kuih raya.

Mungkin bagi si bapa, jenis kuih apa pun yang terhidang tidak dipeduli janji semuanya nampak sedap dan sempurna. Namun berlainan pula bagi si ibu, jika boleh mereka mahu menyediakan biskut mahupun kuih raya dengan air tangan mereka sendiri.

Oleh itu, pelbagai resepi yang ringkas dikongsi di laman sosial bagi memudahkan orang ramai mencuba. Kali ini kita lihat resepi yang mudah, cepat dan ringkas tanpa perlu anda bakar atau kukus.

Biskut Cornflakes Coklat antara biskut kegemaran kanak-kanak ketika berkunjung di hari raya. Penyediaannya yang mudah dan ringkas juga menjimatkan kos mendorong resepi ini mendapat ribuan perkongsian di laman sosial.

Mari kita lihat resepi Cornflakes Coklat ini yang dikongsi oleh saudari Norhayati Ahmad ini dengan menggunakan 3 bahan sahaja.

Resepi Cornflakes Cokelat

Bahan-bahan adalah:

  • 500g coklat masakan
  • 500g cornflakes
  • 1 botol besar mentega kacang kasar lady’s choice

 

Cara-cara penyedian Cornflakes Coklat adalah :

  1. Masukkan coklat masakan dan mentega kacang ke dalaml &
  2. Kemudian, kacau bahan-bahan tadi dengan menggunakan api yang perlahan.
  3. Sentiasa kacau adunan tadi untuk mengelakkannya dari hangit.
  4. Apabila bahan-bahan tadi sudah sebati
  5. Kemudian, baru masukkan cornflakes dan kacau sehingga cornflakes sebati dengan coklat tadi.
  6. Selepas itu, bolehlah mulakan proses memasukkan adunan tadi ke dalam cup
  7. Setelah selesai, bolehlah biskut Cornflakes Coklat tadiĀ  disimpan di dalam bekas yang kedap.

Nota:
1. Anda tidak perlu menyimpan biskut ke dalam peti sejuk. Ini kerana coklat akan kering dengan sendirinya.
2. Biasa saya guna coklat beryl’s tapi sebab nak buat 1 adunan saja saya guna coklat seperti di atasĀ  dan tetap rasa sedap.
3. Kalau nak tabur kekacang ke atau manik warna warni pun boleh bergantung kepada citarasa masing-masing.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menyediakan salah satu kuih raya menjelang Syawal nanti. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *