Memang Isteri Tidak Bekerja Tetapi Tidak Perlulah Suami Layan Seperti Orang Gaji. Ini Nasihat Ustaz Untuk Suami

Rumahtangga yang harmoni rumah tangga yang saling bantu membantu dan bertolak ansur antara satu sama lain. Isteri bukan hamba atau bibik dirumah meskipun mereka tidak bekerja. Isteri untuk dihormati dan disanjungi bukan untuk diherdik dan dimaki.

Jangan dihina walaupun isteri anda hanya seorang surirumah dan jangan di biarkan isteri terlalu berdikari terutama isteri yang bekerja. Kedua-duanya mempunyai rutin yang berbeza tetapi ketahuilah jauh dilubuk hati keduanya mempunyai persamaan yang nyata iaitu berusaha untuk memperoleh keluarga yang bahagia.

Tersenyum dan bersimpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama-sama bekerja. Namun kerja rumah dia yang buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak-anak. Suami tolong sikit-sikit sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih .

Sampai tidak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggikan suara pada suami. Letih, penat, tension atas alasan buat semua sebab wajib taat suami. Pernah saya melihat seorang makcik yang kaya raya, suaminya memang sediakan semua untuknya dan dia tidak perlu bekerja.

Semua urusan rumah dia selesaikan, saya tengok dia iron baju, tiba-tiba dia kata pada saya, “Makcik ni dah macam hamba dalam rumah ni. Suami balik sekali sekala, sibuk dgn kerja tak habis-habis.” Kerana itu bila bercakap tentang soal tanggungjawab isteri dan tanggungjawab seorang ibu, kita kena faham sebelum bercakap.

Kita kena belajar sebelum melalui apa yang telah mereka lalui. Bukan ikut-ikut rumahtangga orang lain. Suami juga perlu faham agama dan faham apa yang Nabi ajar. Isteri kena faham agama dan faham apa yg Nabi ajar. Bukan ikut budaya Melayu. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax.

Apabila si isteri melakukan terlalu banyak sangat kerja, suami perlulah tolong sikit-sikit. Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yang hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dengan suaminya kembali. Oleh sebab itulah seorang  perempuan yang baik ialah perempuan yang apabila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang dan bahagia.

Tetapi bagaimanakah mahu memberikan muka yang manis jika bahu asyik terbeban dengan kerja rumah dan menguruskan anak-anak tidak pernah habis? Wajib bagi wanita bercantik-cantik untuk suami, menyayanginya sepenuh hati, berlemah lembut padanya,tidak meninggikan suara, setia dan taat selagi tidak melanggar perintah Allah,berkata baik padanya dan sentiasa syukur dan bermanis muka.

Berapa ramai wanita yang membuat kerja-kerja rumah macam nak hilang nyawa, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking-teking suami, susah nak senyum dengan suami, ada pula mood-mood hari ni nak bercakap, esok nak diam. Ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis-habis.

Jangan ikut budaya melayu. Ikut apa yang nabi ajar

Saya berforum dengan penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga terkenal, orang datang padanya untuk cari jodoh namun orang juga datang kepadanya untuk bercerai. Namanya ialah Tuan Hj Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Lebih kurang seusia beliau.

Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya. Katanya,” Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik,sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua. Itu kerja saya. Isteri saya kata, abang, malam-malam abang ambik alih buat kerja tu semua ok.

Kita sama-sama kerja. Saya nak bagitahu dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas. Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku.”

Selain itu, berforum pula saya dengan Ustaz Nizam Kadir, Tanyalah Ustaz TV9 katanya, suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami.

Habis isteri? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala, Sebab tu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Jika isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada perasaan belas kasihan sebab ini bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tiada ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga.

Sedarlah kita, pada hari ini orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control. Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati tetap menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Akhirnya penat dapat, dosa pun dapat”

Tolak ansur dan bantu membantu itu penting dalam mengharmonikan rumah tangga dan pengorbanan kedua-duanya isteri dan suami amatlah penting dalam melahirkan rasa cinta dan sayng yang ikhlas di hati suami mahupun isteri. Buanglah ego kalian, buanglah perasaan moody anda jika mahu orang lain membahagiakan anda belajarlah membahagiakan pasangan anda terlebih dahulu.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *