[VIDEO] Hanya Gunakan Halia Dan Cuka, Kulit Menjadi Flawless Dan Bersinar Seperti Rawatan Facial

Kulit yang bersih, gebu dan bersinar merupakan idaman setiap wanita. Selain kulit yang putih, bersih dan bebas dari jerawat adalah satu kepuasan bagi setiap wanita yang mementingkan penjagaan wajah.

Pelbagai petua dan tip penjagaan kulit sering dikongsi bersama di media sosial. Namun ramai yang masih mencari petua yang bersesuaian dengan kulit wajah mereka.

Seperti yang diketahui umum, tidak semua wanita memiliki jenis kulit yang sama. Ada antaranya mempunyai kulit yang kering, kulit sensitif, kulit yang berminyak dan sebagainya.

Tips kali ini menceritakan petua mendapatkan kulit yang flawless hanya menggunakan bahan-bahan di dapur. Tanpa kos yang tinggi, tip kali ini hanya menggunakan halia dan cuka tetapi mampu mencantikkan kulit anda.

Terdapat banyak khasiat halia pada wajah antaranya adalah memhalang pertumbuhan jerawat, melambatkan proses penuaan dan memhasilkan kulit yang mulus dan bersih.

Melihat pada kecantikan wajahnya, saudari Che Mira Kimora  sudi berkongsi petua di media sosial dan diharapkan perkongian beliau ini memberi manfaat kepada semua.

 

Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.

Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.

 

KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH

  • 1 Cawan cuka
  • 2 Ketul halia (bersih dikupas)
  • 1 Bekas kaca
  • 1 Mangkuk kecil ais cube

 

Bahan-bahan yang digunakan adalah halia, cuka dan satu balang kaca.

 

 

Cara-cara menghasilkan petua ini ialah :

  1. Bersihkan halia tadi
  2. Buang kulit halia dan potong seperti didalam gambar
  3. Isi hirisan halia tadi ke dalam balang kaca
  4. Letakkan cuka sehingga halia tenggelam
  5. Simpan didalam peti

 

Video ini menunjukkan bagaimana saya mengamalkan petua ini.

Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu, bilas dengan air. Kemudian, sapu ais cube ke seluruh bahagian muka.

Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama.  Ia mampu bertahan sehingga 3minggu.

Manfaat cuka adalah :

  1. Mampu mengecutkan jerawat
  2. Zat anti aging
  3. Mengurangkan bintik-bintik penuaan
  4. Menghilangkan racun dari wajah anda

Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun tidak akan membiak serta mampu menaikkan seri wajah.

Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.

Selamat mencuba dan semoga kulit anda flawless dan cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *