Jual Nasi Lemak Dapat RM400,000 Sebulan Dengan Modal RM3K

Siapa sangka jual nasi lemak lagi kaya dari makan gaji walaupun mereka hanya berniaga nasi lemak. Jangan dipandang dari segi pakaian dan pekerja kerana berniaga antara pekerjaan yang cepat mendatangkan hasil.

Dengan hanya bermodal RM3,000, penjual nasi lemak ini mampu menjana pendapatan hampir RM400,000 sebulan. apa yang paling penting, peniaga ini tidak perlu membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana bank.

Mereka mampu mengeluarkan modal sendiri jika ingin menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak ini. Ini kerana permintaan yang tinggi membolehkan ramai peniaga kecil mencari rezeki dengan berniaga nasi lemak.

Saleha Abdullah iaitu seorang penjual nasi lemak mula menjalankan aktiviti berniaga di sebuah kedai kecil di tepi jalan 10 tahun lalu dan ketika itu dia bekerja dengan arwah ibunya.

Selepas itu, dia mula membuka sebuah kedai kecil di Kampung Pandan dan jualan nasi lemaknya semakin mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk dikawasan itu.

“Idea ini datang dari suami saya sendiri, masa itu saya bekerja dengan arwah mak, kedai kecil itu, dah 30 tahun lebih semasa arwah mak saya ada.

“Kemudian suami meminta saya untuk menjual nasi lemak di Kampung Pandan. Saya pun mula buat pada peringkat permulaan dalam sekilo beras sahaja. Ia habis dijual dan jumlah itu meningkat dari hari ke hari.

“Bermula 2009, saya gunakan modal RM3,000 itu sebagai modal pusingan dan saya konsisten, cermat dalam setiap duit yang dikeluarkan. Akhirnya, saya boleh buka kedai tepi jalan secara kecil-kecilan dan ada 20 pekerja,” katanya.

Peniagaannya semakin berkembang dari hari demi hari dan dengan titik peluh usahanya Saleha mampu membeli sebuah bangunan di Sri Rampai, Wangsa Maju bernilai RM3.8 juta dengan bantuan Amanah ikhtiar Malaysia dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Katanya selain itu, idea untuk membuka kedai lebih besar adalah idea yang datang daripada anak lelakinya, Mohd Rizal Isa yang sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai doktor untuk mempelajari selok-belok perniagaan dan mewarisi perniagaan mereka.

Dengan hasil usahanya, kini Nasi Lemak Saleha telah mamppu berkembang dan telah mempunyai 60 kakitangan dan mampu menjana pendapatan hariannya boleh mencecah sehingga RM12,000.

Selain itu dia turut menyatakan, tiada apa yang istimewa tentang nasi lemak yang dijualnya, tetapi dia menggunakan konsep memasak dengan ikhlas dan niat untuk mencari rezeki dengan cara betul.

“Tiada apa yang unik tentang nasi lemak ini, cuma masak biar betul, hati biar ikhlas, jangan sebab harga barang naik, kita kurangkan bahan dalam masakan, orang akan lari,” katanya.

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke Kedai Nasi Lemak Saleha dan anda tidak tahu dimana lokasi kedai Nasi Lemak Saleha ianya terletak berhampiran Lebuhraya MRR2.

Anda boleh juga berkunjung ke sebuah lagi cawangan Nasi Lemak Saleha yang dibuka di Sri Rampai. Kedai Nasi Lemak Saleha ini mula beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 1 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *