Berat 98Kg Turun 52Kg, Lihat Bagaimana Cikgu Azlina Ini Berjaya Menurunkan Berat Badan

Siapa tidak kenal dengan Azlina Ina yang merupakan seorang usahawan biskut berjaya yang sering berkongsi resepi-resepi dilaman sosial Facebook dan Instagram.  Azlina Ina atau sering membahasakan dirinya Cikgu Ina tidak lokek berkongsi pelbagai tip masakan kepada umum.

Mempunyai pengikut yang ramai dilaman sosial dan dia tidak lokek berkongsi resepi pelbagai jenis resepi kuih, biskut kek dan masakan. Seorang yang sentiasa ceria dan positif dan sering berkongsi kejayaan dirinya untuk inspirasi wanita diluar sana.

Selain berjaya dengan kejayaan dengan pengusahaan kuih, biskut dan kek dia juga sering berkongsi tip dan resepi menu diet sihat tanpa pengambilan produk-produk kurus yang banyak dipasaran.

Terdapat pelbagai menu sihat yang dikongsi untuk membantu ramai wanita mencapai misi kurus mereka dan sama-sama menjalani kehidupan yang lebih baik dan cergas.

Kejayaan Azlina Ina menurunkan berat badannya dari 98kg turun sehingga 52kg suatu usaha yang patut dikagumi. Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dari saiz xl ke xs. Jika dilihat gambar yang dikongsi dilaman sosialnya pasti kita kagum dan mampu menjadi inspirasi kepada yang lain.

Cikgu Azlina mengambil masa 8 bulan untuk mendapatkan berat yang ideal. Salah seorang pengikutnya turut berkongsi status dan terinspirasi dari kejayaan Cikgu Azlina yang berjaya menurunkan berat badan beliau secara sihat.

Antara status salah seorang pengikutnya dilaman sosial

Inspiring betul tengok cikgu Azlina ina ni diet. Diet makan suku suku separuh je. Takde pun guna beras perang ke emas ke kurus jugak kan dia. Hehe

Tapi bukan harini diet esok dah kurus eh senah oii. Cikgu Azlina pun amek masa hampir 8bulan nak kurus.

Yang penting jangan telan segala pil kurus tu eh dek kerana nak cepat kurus. Sume benda nak cepat nak pergi mana senah.

So, sayangilah buah pinggang kita.

Cikgu Azlina juga sering berkongsi pelbagai resepi menu sihat dilaman sosial Facebook Azlina Ina dan Azlina Ina Fans. Semoga kejayaan penurunan berat badan Cikgu Azlina ini memberi inspirasi kepada semua dan anda boleh cuba masih belum terlambat untuk langsing dan cantik dipagi Syawal nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *