5 Petua Hilangkan Gatal Pada Kulit Yang Berkesan Dan Mudah Hanya Guna Bahan Didapur

Masalah kulit gatal seringkali menjadi masalah kepada semua lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif. Malah ada diantara mereka terpaksa berhabis banyak kerana masalah kulit sensitif.

Selain itu, masalah kulit sensitif juga memerlukan penjagaan yang rapi. Kulit tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama dan perlu berhati-hati untuk memastikan kulit mereka sentiasa bersih dari jangkitan.

Oleh itu, kami memeberikan beberapa petua untuk menghilangkan kulit gatal secara semulajadi dan mudah tanpa perlu ke mendapatkan rawatan yang menelan belanja yang besar.

Selai itu, masalah sensitif atau kulit gatal adalah disebabkan oleh faktor variasi. Kebiasaannya, kulit gatal menjadi punca utama gatal-gatal pada bahagian kulit yang disebabkan oleh bakteri-bakteria yang berkumpul pada kulit.

Bukan mudah untuk merawat dan menghilangkan rasa gatal pada kulit jika tidak kena pada caranya. Jika anda tersalah merawat kulit gatal, kulit akan menjadi lebih teruk dan akan mengakibatkan jangkitan seperti ‘Dermatitis’

Ini antara 5 petua secara semulajadi yang berkesan untuk anda amalkan dan membantu menghilangkan kegatalan pada kulit yang dipetik dari laman 123mamanet.com

5 Petua Untuk Menghilangkan Gatal Pada Kulit

1. Menggunakan Daun Salam


Bagi mereka yang gemar memasak, mereka mungkin sudah biasa dengan daun salam ini. Kegunaan daun salam ialah menambahkan lagi rasa masakan menjadi makanan lebih enak dan sedap pada masakan.

Namun begitu, daun salam juga dikatakan sangat berkesan dalam merawat rasa gatal pada kulit. Caranya adalah anda perlu menghancurkan beberapa helai daun salam yang sudah dicuci dengan bersih terlebih dahulu. Setelah selesai, tempelkan pada bahagian kulit yang gatal sebanyak 3 kali sehari.

2. Menggunakan Bahan Di Dapur Iaitu Garam Dan Minyak Masak

Pasti anda terkejut garam dan minyak masak merupakan bahan yang berkesan dalam merawat masalah kegatalan yang ada pada kulit anda.

Caramya adalah anda perlu mencampurkan gara halus ke dalam minyak masak. Kemudian, sapukan pada kulit anda yang mengalami masalah tadi.

3. Menggunakan Daun Mahkota Dewa

Daun mahkota dewa dikatakan amat sesuai dan bagus dalam membantu mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuklah masalah kulit gatal.

Caranya adalah anda harus hancurkan daun mahkota dewa sehingga menjadi halus. Kemudian, bolehlah anda sapukan ramuan tadi pada bahagian kulit yan gatal.

4. Menggunakan Hempedu bumi dan kunyit

Kita sememangnya mengetahui kunyit mempunyai banyak khasiat dan ia juga mampu membantu merawat masalah kulit gatal. Kunyit bukan sahaja boleh mencantikkan dan memuluskan kulit namun kunyit mempunyai pelbagai kebaikan.

Kunyit membantu masalah kulit dengan menghilangkan rasa gatal pada kulit. Caranya ialah ana ambil beberapa ketul kunyit hidup dan beberapa helai daun hempedu bumi. Kemudian, boleh bersihkan daun hempedu dan kunyit sehingga bersih.

Selepas itu, tumbuk atau kisar (terpulang kepada anda) sehingga kedua-dua bahan tadi lumat. Apabila telah siap, bolehlah anda melumurkan bahan tadi dibahagian kulit yang gatal.

5. Minyak kelapa dara dan lemon

Anda perlu menyediakan sedikit air dari perahan lemon, Kemudian anda boleh campurkan 4 sudu minyak kelapa dara. Selepas itu bolehlah anda sapu pada bahagian yang gatal dan perlu biarkan ia semalaman.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca dan selamat mencuba 5 petua untuk menghilangkan gatal pada kulit ini. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *